TNB dan PLUS akan sediakan rangkaian pengecas EV di Lebuhraya Utara Selatan

Cars
14 Mar 2022 • 5:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu kerjasama sedang terjalin antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PLUS bagi memacu pengendali lebuh raya terbesar Malaysia itu ke arah penggunaan tenaga hijau. Ada dua perkara yang akan dilaksanakan melalui kerjasama itu.

Pertama sekali adalah TNB akan menggerakkan inisiatif pemasangan panel solar dan sistem pemantauan kecekapan elektrik di dua R&R Utama Lebuhraya Utara Selatan iaitu R&R Ayer Keroh (Utara) dan R&R Tapah dengan kapasiti penjanaan melebihi 360kW.

Hasil janaan akan digunakan untuk membekalkan elektrik kepada infrastruktur pengecasan EV untuk kegunaan semua pemandu kenderaan elektrik. Setakat sekarang, kedua-dua pihak masih belum berkongsikan tentang garis masa bilakah inisiatif ini akan disudahkan.

Namun, langkah ini sangat perlu disokong bagi memacu pertumbuhan langskap kenderaan elektrik nasional. Kehadiran lebih banyak stesen pengecas EV tentu sekali boleh mengurangkan range axienty dalam kalangan pemandu kenderaan elektrik sepenuhnya.

image is not available

Misalnya, sekiranya anda memandu ke utara menggunakan kenderaan elektrik Nissan Leaf, pihak pengeluar mencadangkan anda mengecas di pengedar sah Nissan Ipoh. Malangnya anda perlu mengecasnya semalaman kerana kemudahan mengecas di sana cuma menyokong teknologi 6.6kW AC dan mengambil masa 7 jam untuk dicas penuh.