Zul Ariffin Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf Isu Babak Panas

21 Mar 2022 • 3:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai babak panas lakonan Zul Ariffin dengan pelakon wanita, Siti Hariesa yang mendapat kecaman ramai.

Bukan tu jer, perkara itu juga turut menarik perhatian Menteri Agama, Idris Ahmad untuk memberi teguran dan nasihat.

Walaubagaimanapun, Zul Ariffin menyesal dengan tindakan memuat naik video ‘teaser’ drama bersiri itu dan memohon maaf secara terbuka di Insta Story.

image is not available

Dengan hati terbuka, saya ambil maklum atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

Zul juga mengatakan bahawa dengan apa yang jadi ini akan membuatkannya lebih berhati-hati selepas ini apabila memuatnaik perkongsian di media sosial.

Apa pandangan korang? Semoga perkara sebegini tidak terjadi lagi, tambah lagi bulan mulia dalam Islam makin tiba tak lama lagi ni.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.