“Mana lagi nak cari halal chicken rice ball?” – Netizen Sedih, Kedai Nasi Ayam Ee Ji Ban Ditutup

Entertainment
24 Mar 2022 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rakyat Malaysia dan makanan memang tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi jika sesebuah restoran itu menjadi ‘port’ untuk makan makanan kegemaran mereka.

Salah satu makanan yang sinonim dengan masyarakat Malaysia adalah nasi ayam, kombinasi nasi berperisa, ayam panggang atau kukus beserta sambal dan kicap itu boleh dikatakan sebagai makanan yang disukai ramai.

Bagi orang Melaka atau mereka yang sering pergi ke negeri bersejarah itu mesti kenal dengan restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball, restoran ini menyediakan makanan Cina yang halal dan antara menunya yang paling terkenal adalah bebola nasi ayam.

image is not available
Livingnomad

Bagaimanapun, terdapat satu berita yang menyedihkan. Melalui laman Facebook kedai makan tersebut, mereka mengumumkan mereka telah menamatkan operasi bermula 21 Mac lalu.

To all our dear customers, fans, loyalists. #eejiban will be close or cease operations starting 21.3.2022. We appreciate…

Posted by EeJiBan Chicken Rice Ball ~Halal on Sunday, March 20, 2022

Rata-rata peminat restoran tersebut meluahkan rasa sedih, malah ramai juga yang mempersoalkan penutupan kedai makan tersebut kerana ia sudah menjadi seperti sebuah tarikan pelancong dalam dan luar negara.

image is not available

Setakat ini, masih belum ada kepastian mengapa restoran itu ditutup dan tiada pengumuman lain daripada pihak restoran itu juga.

Min pun suka nasi ayam dekat sini image is not available

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.