(VIDEO) “‘Import’ Dari Rusia Kut..” – Netizen Terkejut Harga Nasi Campur Cecah Ribu Ringgit?

8 Mar 2022 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang pengguna yang memaparkan harga nasi campur yang dibeli disebuah restoran telah meraih perhatian daripada netizen.

Menerusi video tersebut, dilihat 3 bungkusan nasi yang disertakan beberapa lauk iaitu ayam, ikan, telur, serta sayuran.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pemilik video berkenaan turut menunjukkan harga ketiga-tiga bungkusan nasi campur tersebut yang mencecah ribuan ringgit.

image is not available

Ambik tak tengok harga lagi..

Namun, pemilik video telah mendedahkan perkara sebenar bahawa rupa-rupanya penjaga kaunter retoran itu tersilap kira makanan yang diambil olehnya.

@missl_yuvna

ambik xtengok harga lagi?

? Oh No – Kreepa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terkejut melihat harga nasi campur yang disifatkan sebagai ‘harga kayangan’.

“Ayam, ikan and telur import dari Rusia kut. Mahal giler,” tulis seorang netizen.

“3 ribu lebih kalau aku letak balik, belah,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Senang Kerja Photographer" - Tak Dapat Hadir Majlis Kahwin Kawan Sebab Kuarantin, Pemuda Cetak Gambar Sendiri