
SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 35 tahun dipenjara 18 bulan dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan kerana merogol seorang perempuan bawah umur yang kemudiannya melahirkan anak.
Hakim Mahkamah Sesyen Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Firdous Utan, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
