
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan asas kepada anak-anak termasuklah tempat tinggal yang selesa, makan dan minum serta wang yang mencukupi untuk pembelajaran.
Namun tidak semua anak-anak melalui pengalaman yang sama kerana ada di antara mereka terpaksa bekerja siang dan malam demi menyara ibu bapa yang dilabel sebagai ‘biawak hidup’ seperti kisah yang dikongsikan di bawah ini.
“Ayah seorang yang malas tak mahu kerja dari kami sekolah lagi”
Menerusi posting Fedtri Yahya di Twitter, beliau berkongsi aduan seorang gadis mengenai kehidupannya yang perit terpaksa menanggung bapanya yang tidak mahu bekerja.
Menurutnya, dia yang berusia 19 tahun bersama kakak yang berumur 20 tahun ini terpaksa bekerja demi mencari wang untuk bapa mereka yang malas bekerja.
Dengan hanya bekerja di kedai makan, mereka berdua mendapat RM 40 untuk satu malam dan duit itu digunakan untuk membeli topup yang digunakan untuk kelas online.
Walau bagaimanapun, wang itu diambil oleh bapa mereka tanpa rasa malu sehingga adakalanya lelaki itu pergi ke tempat kerja anak-anaknya untuk meminta wang di depan orang ramai jika tidak diberikan. Allahu… kenapa sampai macam ni?

“Kami kena kerja supaya ayah ada duit untuk bawa perempuan tu keluar”
Keperitan hidup dua beradik ini nampaknya tidak terhenti di situ saja apabila bapa mereka mempunyai teman wanita warganegara Indonesia.
Mereka kemudian dipaksa untuk terus bekerja supaya bapanya mempunyai wang yang banyak untuk membawa ‘kekasihnya’ keluar berjalan setiap hari.
Baru-baru ni saya kata saya dah tak nak kerja sebab saya nak focus belajar dan saya kata saya penat.
“Ayah marah dan suruh bekerja. Saya sedih. Saya dan kakak kerja untuk tanggung dia. Dua hari lepas dia suruh kakak pinjamkan duit dekat makcik kami sebab nak belikan perempuan tu TV baru,” katanya.
Memang tak berkesudahan isu ‘biawak hidup’. Dah selesa hidup ‘senang’ tak payah kerja… Berlarutan sampai ke tua pic.twitter.com/J9Z0ITJCgZ
— Fedtri Yahya
(@fedtriyahya) March 16, 2022
“Pindah lokasi, tukar nombor hp. Hilangkan diri bersama kakak”
Posting berkenaan mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata sangat bersimpati dengan nasib dua beradik tersebut yang mendapat bapa seorang ‘biawak hidup’.
Ramai yang menasihatkan remaja berkenaan untuk menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa si bapa dan ada juga yang mahu hulurkan bantuan.

Harap adalah yang membantu remaja-remaja ini. Kesian pulak dapat bapa yang tak bertanggungjawab macam ni. Haish!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



