Wanita Berpakaian ‘Tidak Sopan’ Adalah ‘Sexual Harassment’ Bagi Lelaki?

Entertainment
4 Mar 2022 • 5:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Topik mengenai aurat wanita dan gangguan seksual ini biasanya akan menimbulkan banyak perbalahan. Tidak kira lah daripada orang ramai ataupun daripada ilmuwan-ilmuwan.

Banyak pendapat yang berbeza apabila kita berbincang mengenai topik tersebut dan baru-baru ini sebuah video ceramah yang diberikan oleh seorang ustazah yang terkenal berkenaan topik tersebut dan ia telah mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Dalam video itu, ustazah berkenaan berkata jika seseorang wanita itu memakai pakaian yang ketat dan tidak menutupi pinggul itu akan membuatkan nafsu seseorang lelaki itu ‘bergelora’.

Dalam video itu juga, ustazah tersebut berkata pemakaian wanita sebegitu adalah gangguan seksual terhadap lelaki dengan cara ‘merosakkan’ pandangan seseorang lelaki itu.

Video berdurasi 37 saat itu setakat ini telah mengundang banyak pendapat dan perbalahan antara netizen.

Dalam laman TikTok, ramai yang meninggalkan komen bersetuju dengan kenyataan ustazah tersebut.

image is not available

Lain pula ceritanya, apabila video tersebut sampai ke laman sosial Twitter.

image is not available

Memang sensitif topik ni, apa pendapat korang pula?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.