
Biasanya remaja mesti lalui fasa suka memberontakkan? Tapi selalunya, orang-orang timur macam kita ni tak adalah over macam remaja dekat luar negara ni sebab dari kecil memang dah diajar untuk menghormati ibu bapa.
Tapi yang ini lain pulak! Baru-baru ini, seorang gadis telah dikecam netizen gara-gara meluahkan perasaan benci terhadap ibu bapanya di TikTok.
Dalam postingnya itu, gadis ini mengatakan yang dia tak suka bila perlu keluar berjalan dengan ibu bapanya kerana malu.
Menurutnya, orang lain boleh je keluar berjalan dengan kawan-kawan tapi dia kena keluar dengan ibu bapanya.
Ingat tak malu ke s*al jalan dengan parents. Malu b*doh. Kau tahu tak yang lain elok je jalan dengan kawan-kawan. Sampai dekat aku jalan dengan parents.
This is why i hate parents. At least dah ikut tu biarlah aku nak jalan sesorang apa.”
Tambahnya lagi, ekoran “perangai” ibu bapanya yang sering mahu dia keluar berjalan bersama membuatkan dia boleh buat perangai toksik dan tak hormat orang tua.
Tak cukup dengan itu, gadis ini turut mengatakan yang dia mahukan keluarga baru.
Sumpah doh aku dah tak tahan. Serious aku boleh jadi toksik balik aku jadi toksik takde hormat dah tau.
Serious aku cakap and that time jugak aku dah block semua orang jadi jahat. Serious penat. Jangan sampai aku carut lagi tau. Nak new family.”

“Duit jalan sensorang parents jugak bagi”
Ekoran luahannya ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati dorang dengan kenyataan gadis ini yang dirasakan melampau. Ada juga yang memahami dan merasakan remaja ini akan menyesal satu hari nanti.

Alahai dik, kenapalah sampai macamtu. Sekaranglah masa nak spend time dengan mak ayah nanti dah kerja dah ada family sendiri masa pun tak cukup.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



