“Dah Tak Kira Halal Haram, Memalukan” – Peminat ‘Frust’ Nora Danish Tak Jaga Batas Peluk Aziz M Osman & Beego

Entertainment
26 Mar 2022 • 5:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak diumumkan sitkom drama Puteri bakal kembali dan akan ditayangkan pada 1 Syawal nanti, ramai peminat tak keruan dan tak sabar menantikannya.

image is not available 3 minggu lalu

"Macam Kain Lap Kaki.." - Muat Naik Foto Pakai Seluar Koyak, Nora Danish Dikecam Lagi

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon utama, Nora Danish menerusi gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram baru-baru ini.

Nora juga ada memuat naik perkembangan dan video di belakang tabir pengambaran drama itu termasuklah rakaman dia melepaskan rindu terhadap ‘bapa’ Puteri, watak yang dilakonkan oleh pengarah terkenal, Aziz M Osman.

Namun, video itu menimbulkan rasa kurang senang buat peminat Puteri, terutamanya peminat Nora sendiri.

Melalui rakaman itu, Nora dan Kenchana Devi dilihat berlari ke arah Aziz M Osman dan memeluknya.

Nora juga kemudian dirakam memeluk Beego di mana ia membuat netizen kecewa kerana pelakon itu tidak menjaga batas pergaulan.

Beberapa netizen menegur perbuatan Nora yang dikatakan seperti terikut-ikut dengan budaya barat selain ada yang berkata berpelukan sesama artis seperti sudah normal dilihat zaman kini.

image is not available