“Another level betul” – Sofyank ‘Collab’ Dengan Ryan Renolds Untuk Video Terbaru, Ramai Tak Sabar!

Entertainment
25 Mar 2022 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya nama YouTuber dan juga influencer yang sering jadi buah mulut orang ramai iaitu Sofyank ni memang tak asing lagi kan? Kehebatannya dalam editing video CGI boleh dikatakan level A plus!

Kalau sebelum ni, dia pernah edit video ala-ala Marvel sampaikan nampak macam real! Bukan itu je, dia juga pernah buat kolaborasi dengan Zach King, pelakon Will Smith dan juga ahli gusti John Cena.

Baru-baru ini, dia telah memuatnaik video temubualnya di akaun Twitter @sofyank96 bersama dengan salah seorang selebriti dari Amerika Syarikat menyebabkan ramai berteka-teki siapakah gerangannya…

“Power! Dengan Deadpool pulak kalini!”

Selepas dua hari berdiam diri, akhirnya pada 24 Mac lalu, persoalan itu terjawab selepas Sofyank memuat naik beberapa gambarnya yang telah disunting bersama dengan pelakon filem Deadpool iaitu Ryan Renolds!

Memang nampak real lah kalau korang tengok!

Perkongsian itu buatkan netizen teruja untuk menonton hasil akhir video CGInya bersama Ryan Renolds yang dikatakan masih dalam proses editing. Siap ada yang buat andaian kononnya mereka akan melakonkan watak dari filem Deadpool!

“Kalau diorang berlakon ala2 Deadpool ni, memang aku dulu yang terus tengok” – Komen netizen

image is not available

Belum cukup 24 jam gambar itu dikongsikan, Sofyank juga share kan video behind the scene sesi bergambar dengan pelakon yang turut berlakon dalam filem Netflix, The Adam Project ini di akaun TikToknya.

Memang power betul lah Sofyank ni… Ada jugak lah komen-komen nakal kata dia lagi layak untuk dijemput masuk TV… Amboi! Suka betul korang ni eh?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.