5 Gaya Paling Mencuri Perhatian Di AJL36

Women's Fashion
8 Mar 2022 • 8:40 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Instagram @ainaabdul

Jika tahun lalu, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menyaksikan persembahan busana-busana yang mempesona di pentas akhir, Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tampaknya sedikit malap.

Mungkin kerana terikat dengan peraturan busana mestilah bertemakan warna ungu oleh pihak penaja, kreativiti malam penuh prestij itu seakan-akan tersekat. 

Maaf cakap, kebanyakan busana yang disarungkan oleh para finalis tidak menyerlah. Seakan-akan tangkap muat, timbul pula rasa kasihan kepada mereka.

Tidak boleh menyalahkan finalis semata-mata, kami yakin mereka pun ‘terpaksa’ kerana perlu mengikuti tema warna yang dikenakan pada malam itu.

Semua finalis nampak terlalu seragam dan serabut. Ada yang membuka mata, ada juga yang ‘menyeksa’ mata. 

Tahniah kepada para artis yang berani menyarungkan busana berwarna selain yang ditetapkan. 

Baiklah tanpa membuang masa, berikut kami senaraikan lima gaya (tanpa turutan) paling mencuri perhatian di AJL36.

image is not available
Gambar: IG @dayangsayangkamu

Dayang Nurfaizah

Sekali lagi, Dayang Nurfaizah memasuki carta tanpa bertanding pun malam itu. 

Penampilan moden dan bersih, Dayang hadir dalam persalinan busana #HauteCoutureRizalman rekaan pengarah, Faizul Uziaf.

Gaya ini mendapat sentuhan sekali lagi oleh penata gaya, Khairul Abidin yang bertanggungjawab sebagai penyelaras imej Dayang.

Marsha Milan

Satu lagu busana #HauteCouturebyRizalman dan digayakan oleh penata gaya, Tym Fatimah.

Selain persembahan vokal Marsha Milan yang mantap, Marsha mencuri tumpuan dengan tampil dalam busana serba perak dari atas sampai hujung kaki. 

We love power women with power shoulder pads!

Aina Abdul

Jika Marsha menyarungkan busana serba perak, Aina pula menyarungkan busana serba emas rekaan pereka fesyen, Tengku Shahmi.

Aina berjaya memahat momen fesyen sekali lagi dengan penampilan gaya mewah ala Hollywoodnya ini. Kudos!

Oh, and we love, love and love solekan emas ekstravaganza dari Bosco! 

image is not available
Gambar: IG @ainaabdul

Aina Abdul

Ya, Aina Abdul lagi. 

Aina tampil dalam busana sarat dengan bunga-bungaan dan dedauan menjalar rekaan Melinda Looi Couture.

Seperti biasa, penampilan Aina yang satu ini heboh dan tular di mana-mana media sosial. Ada yang menyamakan dia dengan Pokemon jenis daun yang kami rasakan sangat lucu!

        View this post on Instagram                      

A post shared by HH (@haelhusaini)

Hael Husaini

Satu-satunya wakil artis lelaki yang menangkap perhatian di malam AJL36.

Hael menyarung Red by RizmanRuzaini. Penampilan Hael malam itu kemas dan ringkas, namun bergaya. 

Persis penyanyi Korea, Park Ji-min! 

 

Lihat juga 10 Gaya Paling Mempesona di #AJL35. - Getaran, 8 Mac 2022