“Collaborate, don’t hate” – Damian V.E Pertahan Kemenangan SOG, Minta Pendengar Jangan ‘Jadi Lembu’

Entertainment
8 Mar 2022 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak lagu Pelukan Angkasa kolaborasi dari kumpulan SOG dan Shila Amzah berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-36, netizen seakan berpecah, ada yang bangga dengan kemenangan ini dan ada juga yang mempertikaikan.

Ekoran ini, komposer dan juga bekas ahli kumpulan V.E Damian Mikhail melalui Facebook telah memberikan pendapatnya mempertahankan kemenangan lagu Pelukan Angkasa ini.

“Collaborate! Don’t hate!”

Menurut Damian, daripada netizen dan orang industri berbalah dan mempertikaikan keputusan juri sebaliknya mengambil peluang ini untuk meraikan kemenangan mereka.

SOG dan Shila Amzah menang AJL. Kecoh warga netizen dan industri. Apa kata korang cari alasan celebrate kemenangan…

Posted by Damian Mikhail HQ on Sunday, March 6, 2022

“Jangan jadi macam lembu”

Tambahnya lagi, pendengar di Malaysia perlu belajar untuk meraikan kepelbagaian genre dan tidak sempitkan otak dan citarasa mereka, lapor BH Online.

Kat Malaysia ni, audience kita kena belajar meraikan kepelbagaian genre. Jgn jadi mcm lembu. Otak dan citarasa sempit. Zaman rock semua rock. Zaman rap semua rap, zaman RNB semua RNB, zaman balada semua balada. Kan best kalau ada zaman semua pun ada.”

image is not available

Manakala Ketua Juri Datuk Mokhzani Ismail pula mengatakan lagu Pelukan Angkasa ini merupakan pakej yang lengkap dan berbeza.

“Unsur atau elemen yang pelbagai dalam lagu Pelukan Angkasa termasuk menggabungkan elemen tradisional dan moden yang menjadi nadi kepada penghasilan lagu ini.

“Setiap anggota SOG membawa peranan bagi membezakan lagu Pelukan Angkasa dengan karya finalis lain. Ditambah pula kehadiran Shila memberi nilai tambah.

“Sesebuah karya yang baik bukan bersandarkan kepada melodi baik semata-mata, malah, turut disokong lirik, susunan muzik dan persembahan secara langsung.”

Min setuju dengan statement Damian, apa salahnya kalau ada lebih banyak lagu yang kita bawa ke arus perdana. Seni kan tak ada sempadan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.