Ikea Lancar Speaker Berupa Lampu Dengan Sokongan Spotify Terbina

24 Mar 2022 • 2:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ikea merupakan sebuah syarikat menjual perabot terkenal telah melancarkan speaker yang diberi nama Ikea Vappeby.

Speaker dari jenama itu didatangkan dengan sokongan Spotify yang merupakan penstriman muzik, podcast popular secara online.

image is not available

Seperti kebanyakan speaker lain, Ikea Vappeby ini juga menyokong sambungan bluetooth tau. Bukan tu jer, terdapat lampu yang akan menyala sekiranya korang hidupkannya. 

Menariknya, ia juga kalis air dan rekaannya sangatlah mudah untuk dibawa kemana sahaja. Bateri bagi speaker ini dikatakan mampu bertahan sehingga 12 jam bagi sekali pengecasan. Pergh! Memang terbaik.

image is not available

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu kelabu dan biru. Ia dijual pada harga $65 iaitu dalam anggaran RM270. Apa pandangan korang?

Kredit: Ikea

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.