IKEA Melancarkan Speaker Dengan Integrasi Spotify

TechnologyDigital
23 Mar 2022 • 10:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini IKEA Vappeby telah dilancarkan secara rasmi dengan sokongan Spotify secara terbina. Rekaan speaker mudah alih ini sudah tertiris sejak Oktober tahun lalu. Speaker menyokong sambungan menggunakan bluetooth serta hadir dengan lampu terbina.

image is not available

Sistem audio 360 darjah ditawarkan dengan sebuah butang khas Spotify Tap bagi memudahkan sambungan kepada perkhidmatan penstriman audio ini. Sekiranya butang ditekan sekali lagi, Spotify akan memilih lagu lain secara rawak berdasarkan sejarah penstriman pengguna.

Kerana ia direka sebagai speaker mudah alih, Vappeby melepasi piawaian kalis air IP65. Dengan sekali caj, bateri boleh bertahan sehingga 12 jam. Tetapi sambungan berwayar disertakan juga menggunakan kabel USB-C.

image is not available

Speaker ini hanya setinggi 10″ dengan ia sesuai digunakan di luar dan di luar rumah. Terdapat butang untuk mematikan lampu dan tombol berputar laras audio. IKEA Vappeby dijual pada harga $65 (~RM274) sebuah dalam warna kelabu dan biru.