
Sebagai rakyat Malaysia, selain dari nasi lemak, roti canai juga merupakan makanan utama yang selalu orang akan order terutamanya untuk dibuat sarapan.
Bila zaman pun dah semakin maju, makin ramai penebar roti canai menggunakan skil yang ada untuk menjadikan ia sesuatu yang menarik perhatian pelanggan. Sebab tu sekarang makin famous dengan roti canai terbang…
Masih berkait dengan roti canai, satu video di TikTok menerusi akaun @raihanharum baru-baru telah tular selepas insiden roti terbang ‘mendarat’ di atas kepala adiknya! Memang berdekah semua yang tengok.
@raihanharum Ya Allah adik aku
..cer teka kat mana ni
Insiden kelakar itu telah mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain sampaikan jumlah tontonan pun dah melebihi 14 juta ketika ini hanya sebab reaksi adiknya yang dilhatkan bersahaja tanpa perasaan!
“First time jadi ni!”
Disebabkan perkongsian itu memang kerap lalu di FYP TikTok, pemilik kedai ini sendiri memuatnaik video sebagai balasan dengan menyatakan bahawa insiden itu sebenarnya pertama kali terjadi di kedainya.
@mezanrotiman sorry yer dik..tapi awk the best
Lebih mengujakan apabila pemilik kedai ini turut berikan ganjaran kepada adik yang bertuah itu wang bernilai RM50 dengan mengganggap ianya sebagai rezeki kerana tidak cepat marah walaupun roti canai ‘mendarat’ atas kepalanya.
Sementara itu, di bahagian komen memang ramai yang memuji sikap pemilik kedai yang murah hati dan tidak berkira untuk menghadiahkan wang tunai kepada adik lelaki tersebut.
Ada juga yang kata abang ni punya kedai memang sedap semua makanan dia. Maybe korang boleh try bila-bila? Dah try, roger-roger k!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


