Motorola Edge 30 Pro, telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah boleh anda dapati di Malaysia

Digital
4 Mar 2022 • 5:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda sedang cari telefon dengan spesifikasi flagship bawah RM3,000, Motorola ada jawapannya. Setakat hari ini, masih belum ada telefon dengan spesifikasi setara Motorola Edge 30 Pro miliki harga lebih rendah daripadanya.

Harga Motorola Edge 30 Pro di Malaysia

Pada harga RM2,699 anda boleh dapatkan Motorla Edge 30 Pro yang ada storan 256GB. Ia boleh didapati melalui tempahan awal sama ada di Shopee ataupun Lazada. Lebih menarik, anda akan terima rebat RM100 keatas harga telefon untuk jadikan jumlah yang anda bayar jadi lebih rendah.

image is not available

Selain Motorola Edge 30 Pro, beberapa bulan sudah Motorola turut ada melancarkan Motorola Edge 20 Pro yang diperkasa Snapdragon 870 beberapa bulan sudah.

Spesifikasi Motorola Edge 30 Pro

Secara asasnya telefon ini adalah Motorola Edge X30 yang cuma dijual di China tapi dengan beberapa beberapa perbezaan.

Bahagian muka Motorola Edge 30 Po dilengkapi panel paparan OLED FHD+ sebesar 6.7" yang kadar segarnya semulanya boleh mencapai 144Hz. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 888 Gen 1 bersama-sama RAM sebesar 12GB LPDDR5. Walaupun diiklankan boleh menerima input daripada stailus, tiada pula maklumat tentang penjualan aksesori itu untuk pasaran Malaysia.

image is not available

Di jabatan pengimejan, telefon ini menggunakan konfigurasi tiga kamera belakang dan satu kamera depan. Bermula dari bahagian belakang, ia ada kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP, dan kamera FOV 2MP. Kamera selfienya adalah 50MP, antara yang tertinggi dalam industri untuk kategori kamera depan.

image is not available

Bahagian audio telefon ini juga menarik. Ia ada speaker stereo untuk dipadankan dengan paparan cantinya tapi jek audio 3.5mm tidak kelihatan. Malangnya, telefon flagship ini tidak hadir dengan tahap kekalisan IP68, ia cupa berada di paras IP52

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,800mAh dengan teknologi pengecasan pantas 68W. Ia juga boleh dicas wayarles pada kadar 15W dan fungsi pengecasan berbalik pada kadar 5W.

image is not available

Motorola Edge 30 Pro adalah telefon untuk anda, sekiranya Samsung Galaxy S22 berada di luar bajet anda dan pada masa yang sama anda malas untuk menunggu ketibaan Xiaomi 12.