Siri Realme 9 5G Bakal Dilancarkan Pada 10 Mac 2022

TechnologyDigital
4 Mar 2022 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme 9 Pro+ dan Realme 9 Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi, baru-baru ini. Kedua-duanya hadir dengan rekaan fizikal yang sama, tetapi spesifikasi dalaman berbeza bagi meletakkan masing-masing dalam kelas yang tersendiri. Di Malaysia, Realme 9 Pro+ dijual di Malaysia pada harga bermula RM1,399, sementara itu Realme 9 Pro pula berharga RM1,099.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Realme berkongsi perancangan untuk hadir dengan model baharu lagi menerusi siri Realme 9 5G pula. Laman pengiklanan rasmi untuknya juga telah mula diterbitkan dan ia menunjukkan peranti kelak hadir dalam beberapa model berbeza. Salah satu daripadanya akan dikuasakan dengan Snapdragon 778G, sementara itu satu lagi akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 810. Kedua-duanya juga akan menampilkan kemasan yang hampir sama, tetapi sedikit berbeza pada susunan kamera utamanya.

image is not available

Pada masa sama, jika diteliti dengan baik, salah satu daripada model kelak akan dikenali sebagai Realme 9 5G SE. Peranti juga akan hadir dengan skrin yang menyokong kadar segar semula mencapai 144Hz. Namun, masih tidak dapat dipastikan mengenai cip pemprosesan yang bakal menyokongnya kelak. Bersama-sama dengannya, rangkaian peranti boleh-pakai dan aksesori audio Realme turut sama akan dikemaskini. Melaluinya, Realme TechLife Watch S100 dan Realme TechLife Buds N100 bakal diumumkan.