Myvi Ini Kena Conteng Tulisan ‘Bod*h’, Menyusahkan Pengguna Jalanraya Lain

Cars
31 Mar 2022 • 2:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebuah Perodua Myvi yang juga merupakan ‘King of Highway’ di negara kita telah disembur cat yang ditulis perkataan ‘bod*h’. Apa hal pula ni?

Menurut satu perkongsian di Tiktok yang dimuatnaik @eymantk, insiden yang dirakam seorang pengguna jalanraya itu terjadi disebabkan meletakkan keretanya sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain.

Myvi berkenaan kelihatan parkir di selekoh bahu jalan sempit yang dipercayai di Kampung Sedia, Cameron Highlands. Ia juga membuatkan pengguna jalanraya lain dihalang dan sukar melalui jalan berkenaan.

Inilah padahnya apabila membuat pengguna jalanraya lain tidak berpuas hati. Lepas ni jangan pentingkan diri sendiri sebab manusia ni ada tahap kesabaran dia.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tindakan tersebut. Apa pandangan korang?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved