Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terbabit Kes Dadah

Entertainment
25 Mar 2022 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara semalam.

Dalam laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika mengesahkan penahanan penyanyi lelaki berkenaan dan difahamkan sidang media akan dibuat dalam masa terdekat.

image is not available

“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya.

Sementara itu, penahanan artis ini telah menjadi bualan di laman media sosial Twitter, netizen sudah mula membuat andaian dan spekulasi.

Dalam tweet tersebut, dikatakan penyanyi tersebut pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid dan kemudiannya bergerak solo.

Tweet tersebut juga menyatakan penyanyi itu pernah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ketika namanya sedang meningkat naik.

Siapa ya agak-agak?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.