“Lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita dalam syarikat” – PM Umum 6 Inisiatif Sempena Hari Wanita Sedunia

10 Mar 2022 • 1:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam yang korang semua tahu, 8 Mac adalah merupakan Hari Wanita yang disambut oleh semua orang bagi menghargai golongan wanita di seluruh dunia.

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia ni, Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri telah pun mengumumkan enam inisiatif bagi memperkasakan wanita, lapor NST.

Pemerkasaan wanita akan terus menjadi salah satu agenda terpenting negara dan ia tak semestinya hanya perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Oleh itu, saya ingin umumkan peranan dan inisiatif yang akan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi bagi membangun, memperkasa dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan negara.”

6 Inisiatif Sempena Hari Wanita Sedunia

image is not available

1. Benarkan kerja dari rumah

Majikan kini perlu membenarkan wanita yang kematian suami untuk kerja dari rumah selama tempoh yang bersesuaian.

2. Sekurang-kurangnya seorang wanita dilantik sebagai pengarah

Cadangan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai pengarah dalam syarikat awam tersenarai sebagai mandatori bermula 1 September. Syarikat lain dijangka perlu menyusul pada 1 Jun 2023.

3. Kuatkan Institusi Hakam

Putrajaya akan menguatkan Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah bagi membantu wanita yang perlu berhadapan dengan proses penceraian yang panjang.

4. Akta Pembiayaan Kewangan

Memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan untuk memudahkan pihak bank membekukan akaun suami dan dibayar kepada isteri sekiranya terdapat tuntutan wang ringgi di mahkamah

5. Penubuhan Majlis Wanita Negara (MWN)

6. Sambutan Hari Wanita setiap tahun

Sambutan Hari Wanita wajib diadakan pada 8 Mac setiap tahun di semua peringkat persekutuan mahupun negeri bagi menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita.

image is not available

Harapnya dengan inisiatif ini, lebih ramai wanita akan dapat peluang dengan lebih banyak di luar sana. Bak kata Beyonce, who runs the world? GIRLS!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.