Peminat Lego Super Mario boleh gandingkan Lego Peach bersama Mario & Luigi tidak lama lagi

Gaming
11 Mar 2022 • 5:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebelum ini, hanya set Lego Mario dan Luigi boleh dimain serentak sebagai satu pasukan. Tidak lama lagi ia boleh digandingkan pula dengan Lego Peach. Ini secara tidak langsung menjadikan barisan Lego Super Mario semakin besar.

image is not available

Dengan kit permulaan, Lego Super Mario Adventures with Peach Starter Course, pemain boleh dapatkan syiling digital dan temui pelbagai reaksi dengan membantu Princess Peach menaiki set buaian dan membuka hadiah. Syiling digital juga boleh dikumpul apabila Princess Peach melawan musuh seperti Lemmy dan Bubble Lava, atau berkawan dengan Yellow Toad.

Lego Princess Peach, Lego Mario dan Lego Luigi boleh berhubung antara satu sama lain melalui Bluetooth. Melaluinya, pemain boleh menyapa antara mereka, raikan kemenangan, bekerjasama untuk mengalahkan musuh dan memperoleh syiling digital bonus bersama. Apabila mereka bergabung, syiling boleh diperolehi dengan lebih banyak. Ini secara tidak langsung menjadikan set tersebut lebih seronok dimain bersama orang lain.

Peach Starter Course ini akan tersedia pada 1 Ogos 2022. Selain itu, Lego Group turut melancarkan Lego Super Mario Peach's Castle Expansion Set. Ada banyak cabaran boleh dilakukan di istana ini, ia termasuklah menyingkirkan Ludwig daripada awan, membaiki jambatan yang rosak dan menyapa cendawan berwarna pink, Toadette. Bukan itu sahaja, pemain boleh temui banyak lagi kejutan di istana seperti lukisan Bob-omb bersama Action Tag rahsia dan kek dengan Goomba bersembunyi di dalamnya.

image is not available
Peach's Castle Expansion Set

Selain Peach Starter Course dan Lego Super MarioPeach's Castle Expansion Set, turut dilancarkan juga Lego Super Mario Yoshi's Gift House Expansion Set, yang membolehkan karakter menyapa Yoshi, berpusing di Treat Carousel dan makan buah untuk mencetuskan reaksi gembira dan mendapatkan syiling. Selain itu, ada juga Lego Super Mario Fuzzy Flippers Expansion Set, Lego Super Mario Cat Peach Suit and Frozen Tower Expansion Set, Lego Super Mario Goomba's Shoe Expansion Set dan Lego Super Mario Big Spike's Cloudtop Challenge Expansion Set.

Semua akan tersedia bermula 1 Ogos nanti. Berikut merupakan harganya:

  1. Adventures with Peach Starter CourseRM259.90
  2. Goomba's Shoe Expansion SetRM49.90
  3. Fuzzy Flippers Expansion SetRM119.90

  1. Yoshi's Gift House Expansion SetRM139.90
  2. Cat Peach Suit and Frozen Tower Expansion SetRM329.90
  3. Peach's Castle Expansion Set RM649.90
  4. Big Spike's Cloudtop Challenge Expansion SetRM289.90

Anda boleh dapatkan semua produk ini kelak di kedai bertauliah Lego, kedai rasmi Lego di Lazada, Shopee, Legoland, serta peruncit utama dan gedung serbaneka di Malaysia.

Bacaan berkaitan