Terbuka Switzerland: Aaron Chia, Wooi Yik lepas halangan pertama

24 Mar 2022 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASANGAN beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland dengan angkah kanan apabila mudah mengatasi gandingan dari Algeria, Mohamed Belarbi-Adel Hamek untuk menempah slot pusingan kedua.

Perlawanan di St Jakobshalle Basel, menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 hanya memerlukan 21 minit untuk mengatasi pasangan ke-107 dunia tersebut 21-11, 21-13

Kemenangan straight set tersebut menyaksikan kedua pemain negara tersebut menempah slot berdepan sensasi India, Bokka Navaneeth, Reddy B Sumeeth di pusingan kedua.

Dalam kejuaraan Seluruh England sebelum ini, kedua-dua pasangan tersebut terkandas pada pusingan kedua apabila tewas kepada pemain pilihan keempat dari China, He Ji Ting-Tan Qiang, 21-15, 21-19 dalam masa 35 minit.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mara selepas menewaskan pasangan dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.

Yew Sin-Ee Yi yang juga pilihan keenam kejuaraan bermula baik set pertama untuk menang 21-19 sebelum lawan bangkit mengikat kedudukan 21-17.

Pada set penentuan, Yew Sin-Ee Yi memperkemaskan permainan kembali menyaingi lawan untuk kemenangan 21-17 dalam masa 64 minit.

Turut mara beregu campuran, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang menyingkirkan cabaran satu lagi pasangan negara Go Pei Kee-Yap Ling 21-17, 21-9.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved