[VIDEO] Jiran Rakam Wanita Curi Kucing Mahal, Netizen Persoal Kenapa Tak Tegur

Entertainment
21 Mar 2022 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ni, kucing baka Maine Coon memang famous betul. Mana taknya, kucing yang boleh membesar sehingga ke saiz anak anjing ni memang manja dan comel, tapi harga dia memang mahal teruklah…

Kalau korang nak tahu, kucing Maine Coon ni, kalau dekat Malaysia anaknya je boleh mencecah ke harga RM3,000 ke atas dan jika bakanya asli, harganya boleh mencecah ke RM7,000 tau!

Baru-baru ini, seorang wanita telah memuat naik video di Facebook menunjukkan kucingnya yang diberi nama Blackie baka Maine Coon telah dicuri oleh seorang wanita.

Menurutnya, video yang dimuat naiknya ini telah dirakam oleh salah seorang jirannya yang menunjukkan seorang wanita telah mengambil kucingnya dan letakkan di dalam beg sebelum menaburkan roti di atas jalan. Peliknya…

Wanita ini turut meluahkan rasa peliknya dengan tindakan jirannya itu yang tidak menegur mahu pun menyergah pencuri tersebut walaupun kejadian ini berlaku depan matanya.

Untuk pengetahuan video ini dirakam oleh jiran hujung rumah saya. Saya pun pelik kenapa dia biarkan dan tak nak sergah orang yang ambil kucing saya tu. Dan dia bagitahu saya pun dah Maghrib waktu saya sedang berbuka.

mohon kerjasama semua kucing sye kne curi ptg tdi 18/3/2022 pkl 5.00 – 5.30ptg . perempuan cina atau vietnam.. tolong…

Posted by Fifin Anis on Friday, March 18, 2022

“Kenapa kau tak jerit?”

Rata-rata netizen yang melihat video ini juga turut terkilan dengan tindakan jiran wanita ini yang gagal membuat sesuatu bagi menghalang kucing tersebut dari dicuri.

image is not available

Aduhhh, jirannya pun satu… Kalau min ada kucing mahal macam ni memang tak biar keluar rumah. Sakit oi kena curi macam ni!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.