(VIDEO) “Tak Rugi Pun Tunggu” – ‘Rider’ Rempuh Sama Sendiri, Netizen Minta Patuh Lampu Isyarat

2 Mar 2022 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, video memaparkan rakaman kejadian kemalangan melibatkan dua orang rider penghantar makanan di sebuah simpang empat jalan raya di Alam Damai, Cheras.

Menerusi video tersebut, dilihat beberapa rider penghantar makanan yang dipercayai dalam perjalanan menghantar order daripada pelanggan mereka telah melanggar lampu isyarat di persimpangan jalan.

Akibatnya, dua orang rider telah bertembung dan merempuh sama sendiri lalu kedua-duanya terjatuh dan terseret sehingga berlanggar dengan penghadang jalan konkrit berhampiran.

image is not available

Seorang langgar lampu merah, seorang lagi kejar lampu kuning.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen bertegas menasihati semua rider penghantar makanan untuk tidak melanggar lampu isyarat merah semasa menghantar order pelanggan supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Selalu lah nampak mana-mana lah, suka betul langgar lampu isyarat. Takut lah, boleh trauma ni kalau jadi dekat depan mata,” tulis seorang pengguna Twitter.

Rider tolong la stop langgar lampu. Tak rugi pun berapa minit tunggu daripada sia-sia kena langgar,” tulis seorang lagi netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Salute Pekerja Dekat Situ" - Netizen Puji Pekerja Pasar Raya Benarkan Anjing Jalanan Berteduh