“Terus kantoi” – Sangsi Dadah Miliknya Palsu, Lelaki Hubungi Polis Untuk Kepastian

Entertainment
19 Mar 2022 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki ditangkap selepas menghubungi polis untuk memastikan dadah miliknya adalah tulen.

Thomas Eugene Colucci telah ditangkap selepas pihak polis hadir ke kediamannya di Florida, Amerika Syarikat. Colucci yang sangsi dengan ketulenan dadah yang baru dibelinya itu telah memaklumkan pihak polis untuk datang memeriksa barangan terlarang miliknya itu.

image is not available

Pihak polis yang pelik dengan permintaan Colucci itu bagaimanapun berkata dia mempunyai soalan yang legit berkenaan dadah jenis methampethamine miliknya itu.

Colucci juga telah menggunakannya sebelum menghubungi pihak polis dan merasakan ianya bukan dadah tetapi hanyalah garam mandian, kerana tidak memberikan perasaan khayal seperti yang pernah dirasainya sebelum ini.

image is not available

Menurut sumber dari LadBible, sewaktu menghubungi polis, Colucci mengakui beliau adalah pengguna tegar bahan terlarang dan beliau arif mengenai rasa yang sepatutnya dinikmati olehnya.

Colucci telah menunjukkan dua beg berisi bahan kristal kepada polis dan berharap pihak polis dapat membantunya menangkap orang yang menjual dadah palsu.

image is not available

Selepas dinilai oleh pihak polis, ternyata garam mandian yang didakwa oleh Colucci itu sebenarnya adalah dadah jenis methamphetamine.

Pihak polis kemudiannya menangkap Colucci dengan kesalahan memiliki serta menggunakan bahan terlarang.

Sumber: LADBIBLE

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.