China Mengetatkan Lagi Garis Panduan Penstriman Langsung Seperti Menghadkan Nilai Tip

TechnologyDigital
31 Mar 2022 • 1:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
TikTok China Douyin

Di China antara kerjaya yang tidak terjejas akibat pandemik ialah selebriti atas talian menjual produk menggunakan penstriman langsung. Selebriti ini akan menjual produk pada harga yang menarik dengan mendapat peratusan dari setiap jualan. Tetapi ini menimbulkan masalah baharu apabila sebilangan selebriti penstriman didapati menyorokkan pendapatan sebenar dan mengenakan potongan peratusan yang tinggi dari pengeluar produk.

image is not available

Menurut laporan Wall Street Journal, kerajaan China telah mengetatkan lagi garis panduan penstriman langsung dengan pelbagai halangan baharu selepas mewajibkan mod pengguna muuda hanya beberapa minggu lalu.. Antara yang diperkenalkan ialah jumlah maksimum tip yang boleh diberikan oleh penonton penstriman setiap hari, melakukan penapisan kandungan dan menghadkan juga pendapatan harian penstrim.

China semakin mengetatkan garis panduan aktiviti atas talian bagi mengekang amalan yang didakwa tidak bermoral dan bersifat kapitalis. Platform media sosial misalnya tidak dibenarkan memaparkan carta populariti artis yang melalaikan, mengehadkan waktu yang boleh dihabiskan oleh kanak-kanak mengakses permua dan mengawal penggunaan algoritma oleh syarikat teknologi yang didakwa mewujudkan ketagihan di kalang pelanggan platform edagang.