Garmin Instinct 2 Dan Instinct 2S Kini Di Malaysia – Harga Jualan Bermula RM1630

TechnologyDigital
16 Mar 2022 • 2:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Garmin Malaysia kini hadir dengan penawaran dua lagi peranti boleh-pakai baharu. Melaluinya, Garmin Instinct 2 Solar dan Garmin Instinct 2S telah diumumkan. Kedua-dua jam tangan pintar ini mengkhususkan kepada pengunaan aktiviti lasak di luar.

image is not available

Bagi yang berminat, kedua-duanya boleh didapati bermula hari ini menerusi beberapa saluran berbeza seperti Lazada, Shopee, AECO e-Store dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia. Harga jualan rasmi adalah seperti di bawah :

  • Garmin Instint 2 Graphite (Non-solar) – RM1,630
  • Garmin Instint 2 Graphite Camo / Mavericks (Non-solar) – RM1,860
  • Garmin Instint 2 Graphite / Mist Gray / Tidal Blue (Solar) – RM2,099
  • Garmin Instint 2 Black / Coyote Tan / Bell Beach (Non-solar) – RM2,330
  • Garmin Instint 2S Graphite / Deep Orchid / Popcy (Non-solar) – RM1,630
  • Garmin Instint 2S Mist Camo / Waikiki (Non-solar) – RM1,860
  • Garmin Instint 2S Graphite / Mist Gray / Neo Tripic (Solar) – RM2,099
  • Garmin Instint 2S Ericeira (Solar) – RM2,330

Terdapat persamaan di antara kedua-dua jam tangan pintar ini. Di mana, ia menggunakan bahan gred-tentera 810G untuk ketahanan haba dan kalis air mencapai kedalaman 100 meter. Ia kemudiannya turut sama didatangkan dengan ciri penjejakan kesihatan terbina untuk pemantauan lebih menyeluruh. Kedua-duanya juga didatangkan dengan beberapa sensor terbina yang sangat membantu untuk aktiviti mencabar.

image is not available

Misalnya seperti sokongan Multi-GNSS untuk digunakan sewaktu mendaki, berbasikal gunung atau bermain ski. Kemudian, ABC Sensor dan Trackback Routing pula dapat memberi manfaat untuk menavigasi jarak dengan lebih baik. Lain-lain spesifikasi adalah ia mempunyai kebolehan untuk menerima teks, kebolehan pembayaran nirtunai menerusi Garmin Pay dan banyak lagi.

image is not available

Sungguhpun begitu, masih terdapat sebilangan perbezaan yang dibuat oleh Garmin. Di mana, kerangka pada Garmin Instint 2 lebih besar dengan tubuh 45mm. Sementara itu, tubuh Garmin Instinct 2S pula yang hanya bersaiz 44mm. Kemudian, Instinct 2 boleh bertahan sehingga 28 hari dalam mod jam pintar dan tanpa had dengan bantuan solar. Manakala, Instinct 2S pula boleh bertahan sehingga 21 hari dalam mod jam tangan pintar.