Polis Kesan Individu Langgar SOP, Berpelukan Ketika AJL36

8 Mar 2022 • 12:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) baru saja melabuhkan tirai beberapa hari lepas dan semua penyanyi yang berentap telah memberikan yang terbaik pada malam itu.

Ketika penyampaian anugerah berlangsung, pasti ramai peserta dan juga peminat disana yang meraikan kemenangan sambil berpelukan, betul tak?

Menurut laporan Harian Metro, disebabkan itu sekumpulan individu yang berpelukan pada malam tersebut dikesan pihak polis dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof.

Bahagian Siasatan Jenayah telahpun diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut dan semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).

Tahu ramai yang seronok malam tu, tapi janganlah lupa SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Ianya untuk diri kita juga kan. Korang rasa siapa yang kena kompaun?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved