Sabah belum ada cadangan tukar Ketua Menteri kepada Premier

LocalPolitics
1 Mar 2022 • 10:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Sabah belum ada sebarang cadangan untuk menukar istilah Ketua Menteri kepada Premier seperti dilakukan Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata penggunaan istilah Ketua Menteri adalah mencukupi bagi merujuk jawatan itu buat masa ini.

"Saya ingat panggilan Ketua Menteri pun setakat ini cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman i-SURI (Baiduri) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Sabah mempunyai perancangan untuk menukar istilah Ketua Menteri kepada Premier seperti yang dilakukan oleh Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dalam kenyataannya memaklumkan berkuat kuasa hari ini, Ketua Menteri Sarawak digelar ‘Premier of Sarawak’ dalam Bahasa Inggeris dan ‘Premier Sarawak’ dalam Bahasa Melayu. Menurutnya, penguatkuasaan penggunaan istilah itu berikutan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri Sarawak selepas rang undang-undang berkaitan perkara tersebut diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 15 Februari.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak pula akan dirujuk sebagai ‘Deputy Premier’ dalam Bahasa Inggeris atau ‘Timbalan Premier” dalam Bahasa Melayu manakala Menteri Muda dirujuk sebagai ‘Deputy Minister’ dalam Bahasa Inggeris atau Timbalan Menteri dalam Bahasa Melayu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved