Mayat lelaki ditemukan terapung bawah Jambatan Pulau Pinang

20 Mar 2022 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung berhampiran tiang 30 Jambatan Pulau Pinang di sini, pada pagi Ahad

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan bot KILAT 26 sebelum tiba di lokasi berkenaan 20 minit kemudian.

"Ketika anggota Maritim Malaysia sampai di lokasi kejadian sekumpulan nelayan tempatan berada di kawasan tersebut bagi mengelakkan mayat berkenaan hanyut.

"Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Abd Razak berkata, mayat lelaki berkenaan dikenali sebagai Lim Hun Bin, 74, berasal dari Simpang Ampat.

Katanya, lelaki berkenaan dikatakan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dan telah meninggalkan sebuah motosikal di Kilometer 4.0 atas jambatan tersebut baru-baru ini.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.