Rusia Ancam Untuk Tinggalkan Angkasawan AS Di ISS, Balasan Terhadap Sekatan Oleh Barat

Space
12 Mar 2022 • 5:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dilaporkan, Rusia telah membuat ancaman untuk meninggalkan angkasawan Amerika Syarikat yang masih berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan memberi amaran ia akan hancur jika tiada tindakan yang diambil.

Ketua Agensi Angkasa Rusia, Dmitry Rogozin, berkata pihaknya mungkin akan meninggalkan Mark Vande Hei yang kini berada di ISS. Difahamkan, menurut perancangan asal, Mark akan kembali ke bumi menaiki kapal angkasa Rusia dalam masa tiga minggu.

image is not available

Rogozin mengeluarkan kenyataan tersebut di media sosial dan ia telah menimbulkan keraguan dan kerisauan ramai terhadap keselamatan angkasawan itu.

Beliau turut berkata, tanpa bantuan Rusia untuk memindahkan ISS daripada terlanggar dengan sampah angkasa, stesen ini akan jatuh dan hancur di Amerika Syarikat.

Difahamkan, ancaman ini dilakukan selepas sekatan yang dilakukan oleh Barat terhadap Rusia ekoran peperangan yang sedang berlaku.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.