[VIDEO] Pekerja Bangladesh Ditampar Pelanggan Gara-gara Tak Dapat Mainkan Lagu Yang Diminta

Entertainment
17 Mar 2022 • 5:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu tindakan biadap daripada seorang pelanggan telah menjadi perhatian apabila pada 13 Mac 2022 sekitar jam 10.30 malam lepas, seorang bartender warganegara Bangladesh di sebuah restoran di SS15, Subang Jaya menjadi mangsa keganasan fizikal hanya disebabkan perkara remeh.

 

Tampar bartender sebab tak dapat mainkan lagu India

image is not available

Menerusi China Press & WORLD OF BUZZ, pekerja yang pada ketika itu sedang menjalankan tugasannya di tempat kerja tiba-tiba dipanggil oleh pelanggan tersebut dan meminta untuk memainkan lagu-lagu yang dia minta (lagu India).

Walaubagaimanapun, permintaan itu tidak dapat ditunaikan kerana ia telah ditetapkan, oleh sebab itu, pelanggan tersebut terus bangun dan tampar muka bartender tersebut.

Selepas tampar, rakannya itu terus ke kaunter untuk membayar minuman mereka dan serta merta tarik pelaku keluar dari restoran.

image is not available

Lapor sumber lagi, pengurus restoran yang dikenali sebagai Lee menceritakan bahawa lelaki yang datang ke premis bersama rakannya itu bersikap biadap dan tidak sabar ketika berada di restorannya.

Tambah Lee lagi, mangsa sudah bekerja dengannya selama 4 tahun dan prestasinya begitu bagus. Selepas kejadian, Lee bawa pekerja itu ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.

“Saya harap polis akan siasat kes ini supaya pekerja saya dapat menuntut keadilan.”

Memang betul customer is always right tapi itu bukanlah tiket untuk kita bersikap kasar secara lisan & fizikal kepada mereka.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article