“Pishang kalau time emergency paut tak kena” – Netizen Pertikai Pengguna Myvi Guna ‘Stereng Potong’ Ala F1

Entertainment
26 Mar 2022 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tanpa menghiraukan jenis ataupun buatan sesebuah kereta itu sama ada ia keluaran tempatan ataupun luar negara, ada sesetengah pemilik kenderaan yang gemar mengubah suai kenderaan mereka. Macam-macam komponen ditukarnya supaya nampak lebih stailo dan sporty sampai kadang-kadang tu dah melanggar undang-undang jalan raya Malaysia pulak.

Baru-baru ini, satu video menunjukkan satu pengubahsuaian yang telah dilakukan pada sebuah kereta menjadi perbualan pengguna media sosial.

image is not available

Rakaman berdurasi lebih satu minit itu memaparkan seorang pemilik kenderaan Myvi yang telah menukar stereng kereta asal menjadi stereng kereta dengan rekaan ‘terpotong’ yang kebiasannya digunakan model kereta lumba seperti kereta Formula 1.

Ramai yang jeles dengan steering saya.Credit : @zizie

Posted by DashCam Malaysia on Thursday, March 24, 2022

Selamat ke?

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan semula oleh grup Facebook DashCam Malaysia sudah meraih lebih 300 ribu tontonan.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet mempertikai tindakan pemandu Myvi yang menukarkan streng asal kepada stereng ala F1 itu. Ramai yang menyentuh isu keselamatan dan risiko bahaya yang mungkin berlaku akibat pengubahsuaian itu.

“Santai relax boleh la kak, time emergency kalau tak sempat paut naya ni. Selalunya streng macam ni kegunaan track je untuk pusingan 90 darjah ke kiri dan kanan. Untuk pusingan lebih dari tu tak sesuai atas faktor keselamatan,” tulis netizen.

“Semoga tak mengelak lubang atau lembu secara tiba-tiba,” komen seorang warganet pula.

Untuk info, pemilik Myvi berkenaan memberikan anggaran kasar sekitar RM2,500 untuk memiliki stereng kereta sepertinya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.