“Buah tangan terakhir Abang Rudy” – Dayang Nurfaizah Sedih Tak Sempat Bagi Arwah Dengar Lagu Baru

Entertainment
31 Mar 2022 • 6:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu berita mendukacitakan buat pengamal industri hiburan mengenai pemergian bekas wartawan hiburan atas pemergian Rudy Imran Shamsudin, 47 akibat menghidap kanser usus sejak beberapa tahun lalu.

Arwah yang menggunakan nama pena Iman Imran dalam penulisan liriknya itu menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Semenyih.

Pemergian penulis lagu Lelaki Teragung dan Di Pintu Syurga ini turut dirasai oleh penyanyi yang mengalunkan lagu tersebut, Dayang Nurfaizah.

“Semoga kita bersua Di Pintu Syurga”

Mendengar khabar berita itu, Dayang akui dirinya terkaku kerana ianya berlaku begitu cepat. Katanya menerusi laman Instagram miliknya lagi, arwah yang lebih mesra dengan gelaran Abang Rudy ini merupakan individu yang disenangi.

“Abang Rudy antara orang yang melihat Dayang ‘membesar’ di dalam bidang muzik, bermula dari hubungan antara wartawan dan artis hinggalah Abang Rudy menulis lirik untuk lagu-lagu Dayang. Terlalu banyak kebaikan Abang Rudy, orang sekeliling sentiasa menyenangi.

Dayang bagai hilang kata-kata kerana semuanya berlaku sangat cepat. Akan Dayang kenang setiap kenangan indah sepanjang kerjasama kita.”

Tambah Dayang lagi, dia juga berasa ralat kerana tidak sempat merakamkan lagu yang ditulis oleh Abang Rudy untuk di dengari.

“Dayang berasa sedikit ralat kerana tak sempat rakamkan lagu yang Abang Rudy tuliskan liriknya. Andai dapat diulang masa, Dayang nak rakamkan lebih awal agar Abang Rudy dapat mendengarnya. Namun mungkin inilah buah tangan terakhir Abang Rudy buat Dayang sebagai memori di hari mendatang.”

Al-fatihah buat Allahyarham Rudy Imran Shamsudin, semoga rohnya ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.