Realme Buds Q2s Dilancarkan Dengan Bateri 30 Jam Dan Dolby Atmos

TechnologyDigital
4 Mar 2022 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fon telinga nirwayr Realme Buds Q2s telah dilancarkan semalam dengan mengekalkan rekaan Buds Q2 tahun lalu. Fon telinga bluetooth ini mempunyai putik telinga dan pod simpanan yang lutcahaya. Setiap putik audio dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm.

image is not available

Fon telinga menyokong codec AAC dan SBC sahaja. Ia juga tidak mempunyai ciri pembatalan hingar aktif ANC. Bagi peminat permua pula, ia mempunyai masa pendam 88ms. Bateri pada putik audio memberikan penggunaan sehingga 7 jam atau sehingga 30 jam dengan pad pengecas. Pengecasan semula adalah menerusi post USB-C tetapi tidak secara nirwayar. Sistem audio Dolby Atmos turut disertakan sekali.

image is not available

Dengan ketahanan IPX4, ia boleh digunakan untuk aktiviti sukan. Di China Realme Buds Q2s ditawarkan pada harga Realme Buds Q2s RMB199 (~RM132) dalam warna putih, hitam dan hijau.