“Bapak laju!” – [VIDEO] Makcik Kira Jumlah Makanan Tanpa Kalkulator Buat Netizen Kagum

Entertainment
29 Mar 2022 • 4:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya bila kita makan di mana-mana kedai atau restoran, kita mesti lihat yang ‘cashier’ akan kira ‘total’ makanan yang dipesan sama ada menggunakan mesin pengira automatik atau paling tak pun pakai kalkulator.

Bila kita singgah dekat warung tepi jalan, mesti tak sah kalau kita tak jumpa makcik yang sememangnya mahir dan pantas kira total makanan kita. Maklumlah bila pelanggan ramai dan makanan pulak sedap, confirm berduyun yang nak datang makan. Siap beratur lagi. Waktu macam ni lah skill pantas makcik kira makanan ni akan keluar.

Baru-baru ni, viral video TikTokers gadis ni @nasuhahahax yang kongsikan tentang seorang makcik yang tengah khusyuk kira total makanan pelanggan . Cuba korang teka makcik ni pakai apa je untuk kira?

@nasuhahahax

Makcik roti canai legend ! Boleh masuk world book of record : The fastest human calculatorrr gituuu.

♬ original sound – nasuhahaha – nasuhahaha

Dalam video tersebut, gadis ini sempat merakamkan kepantasan makcik ni kira total makanan dengan hanya gunakan pen dan kertas. Memang tak nampak langsung makcik ni gunakan kalkulator. Powerlah makcik!

Lebih menarik perhatian, ketika sedang buat pengiraan, makcik ni akan sebut satu persatu harga makanan untuk elakkan daripada tersalah kira dan jangan tak percaya, mungkin pengiraan makcik ni lagi cepat berbanding kalkulator tau!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kebolehan makcik ni dan ada juga yang mengaku basic Matematik mereka pun lemah kalau nak dibandingkan dengan makcik ni.

“Saya 2+7 pun kadang2 guna calculator cik image is not available” – Komen netizen

“Bukan sebarang makcik nih, cikgu math niimage is not available” – Komen netizen

image is not available

Selain itu, ada jugak netizen yang berseloroh dengan menganggap makcik tersebut merupakan guru ‘math’ dan waktu sekolah dulu mesti dapat keputusan A+ untuk subjek Matematik.

Agak-agak korang boleh kira lagi laju dari makcik ni tak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.