“Muat je!” – Pemilik Kereta Bergaduh, Konon ‘Rolls Royce’ Tak Boleh Lalu Sebab…

Entertainment
25 Mar 2022 • 2:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan apabila kenderaan yang besar mempunyai sedikit kesulitan apabila melalui jalan yang kecil, tambahan pula apabila kenderaan tersebut dihimpit kenderaan lain yang diparkir di kiri dan kanan bahu jalan.

Namun satu kejadian yang berlaku di Singapura baru-baru ini tular apabila ia memaparkan beberapa pemandu kereta bertekak antara satu sama lain gara-gara sebuah kereta jenis Rolls Royce berhenti di tengah jalan.

“Ada banyak ruang lagi, awak b*d*h ke?”

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang individu dilihat memarahi pemandu Roll Royce yang didakwa tidak mahu bergerak kerana bimbang keretanya terlanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Kereta yang diparkir itu pula dilihat terkeluar sedikit dari petak parking kerana bahagian belakangnya yang besar.

Menurut perakam video berkenaan, kereta Rolls Royce itu sebenarnya muat sahaja nak lalu jalan tersebut sebab jarak antara kereta itu dan kereta diparkir tidaklah terlalu rapat.

“Dia fikir dia bawak bas ke? Padahal muat je?”

Video berkenaan mendapat perhatian netizen Malaysia yang berpendapat sebenarnya muat saja kereta Rolls Royce itu nak lalu jalan tersebut. Malah siap ada yang share experience pernah lalu jalan yang lagi kecil dari tu. Fuh!

image is not available

Macam-macam perangai ye orang sekarang. Dari bergaduh baik alih kereta, dah settle satu masalah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.