AirAsia Ride Kini Menawarkan LadiesOnly – Perkhidmatan Seru Pandu Khusus Untuk Wanita Sahaja

TechnologyDigitalCars
16 Mar 2022 • 6:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan seru pandu ialah isu yang penting bagi golongan wanita. Menaiki kenderaan orang yang tidak dikenali adalah berbahaya tetapi telah dinormalisasikan oleh perkhidmatan seru padu. Bagi memastikan keselamatan pelanggan wanita mereka, AirAsia Ride hari ini melancarkan LadiesOnly yang menawarkan pemandu wanita untuk penumpang wanita di bawah inisiatif Community Drivers.

image is not available

Dengan ciri ini diharap penumpang wanita akan terasa lebih selamat kerana dipandu oleh insan dengan jantina yang sama. AirAsia Ride bekerjasama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) sempena Hari Wanita Antarabangsa bagi menawarkan LadiesOnly dengan kutipan hasil perjalanan akan didermakan kepada golongan yang memerlukan.

Di masa hadapan mereka akan cuba menawarkan pula perkhidmatan di bawah juga menerusi inisiatif Community Drivers mereka.

  • PriorityRide : Nikmati masa menunggu yang lebih singkat dan dipandu oleh pemandu dengan penilaian tertinggi
  • Joy in the ride : Nikmati perjalanan yang menyeronokkan dan penuh kejutan
  • DriveForMe : Nikmati ciri pemandu peribadi untuk kenderaan anda jika anda tidak dapat memandu sendiri
  • QuietDriver : Nikmati perjalanan yang lebih tenang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved