
Kota Kinabalu: Seorang pekerja kedai runcit berumur 27 tahun yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang perempuan bawah umur, dipenjara tujuh tahun dan diperintah dikenakan dua kali sebatan rotan.
Julaspi Andan Pasan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, Rabu.
Dia melakukan perbuatan itu terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun itu dengan menggeselkan bahagian sulitnya pada paha gadis itu antara jam 3 petang hingga 4 petang pada 16 Disember, 2021 di kedai sebuah kedai di Jalan Kg Kobong, Pulau Banggi, Kudat.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan Julaspi diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjaranya.
Semasa mitigasi, peguam Dominic Chew, merayu hukuman ringan dengan mengatakan Julaspi perlu menjaga ibu bapanya. Chew berkata dengan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, Julaspi menjimatkan masa mahkamah dan rasa menyesal.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tham Phou Jin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai pengajaran kepada Julaspi dan bakal pesalah.
Tham berhujah, ketika kejadian, mangsa berusia 16 tahun dan trauma selepas kejadian itu menyebabkan dia berhenti kerja. Beliau kemudian memberitahu mahkamah bahawa tiada bukti untuk membuktikan kedua-dua Julaspi dan mangsa mempunyai hubungan.
Mahkamah diberitahu insiden berkenaan berlaku ketika Julaspi dan mangsa berada di dalam stor.
Julaspi menggeselkan bahagian sulitnya pada paha gadis itu kerana dia tidak dapat memasukkan alat sulitnya ke kemaluan remaja berkenaan.
Selepas kejadian, Julaspi memberitahu mangsa supaya tidak mendedahkan kejadian itu kepada orang lain dan mangsa tidak memberitahu orang lain kerana takut dan trauma.
Tetapi pada 5 Januari tahun ini, dia mendedahkan kejadian itu kepada sepupunya selepas memberitahunya kenapa dia mahu berhenti kerja.
Sepupu mangsa kemudian membawanya ke balai polis dan Julaspi ditahan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

