Pengeluaran Khas 2022: Cara semak baki KWSP anda

17 Mar 2022 • 11:26 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sesudah inisiatif pengeluaran khas KWSP 2022 diumumkan, sudah tentu anda terkejar-kejar untuk periksa baki simpanan persaraan anda. Ada beberapa saluran boleh anda lakukannya.

Anda boleh pergi ke mana-mana pejabat ataupun kiosk untuk mendapatkan penyata terkini akaun KWSP anda. Namun cara yang lebih mudah dah selamat adalah melalaui i-Akaun. Sekiranya anda masih belum ada akaun ini, saya amat sarankan anda untuk bukan untuk kemudahan di kemudian hari.

Pendaftan i-Akaun tidak boleh dilakukan secara dalam talian

Ini satu-satunya benda yang renyah tentang i-Akaun. Pendaftaran akaun hanya boleh dilakukan di pejabat KWSP sama ada di kaunter ataupun di kiosk yang disediakan.

image is not available

Apabila anda sudah membuka i-Akaun, anda akan terima satu SMS beserta kata laluan sementara.

Log masuk kali pertama ke i-Akaun

Bila anda dah ada i-Akaun, ada banyak transaksi boleh dilakukan berkaitan KWSP, bukan sekadar semak baki sahaja. Jadi di laman web KWSP, cari butang Log Masuk ke i-Akaun.

image is not available

Anda gunakan saja ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang dibekalkan sewaktu anda di pejabat KWSP. Untuk log masuk kali pertama, ada beberapa proses perlu berjalan.

image is not available

image is not available

image is not available

Misalnya, ada halaman Terma & Syarat, kemudian anda diminta untuk memperkemas tahap keselamatan akaun seperti tukar kata laluan dan frasa rahsia.

Sesudah selesai, anda bolehlah log masuk ke i-Akaun. Jangan lupa untuk muat turun APP i-Akaun di Android dan iOS.

image is not available