Kerajaan tidak pernah jual MySejahtera kepada swasta: KKM

27 Mar 2022 • 5:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kerajaan telah memutuskan bahawa aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi ini untuk pengurusan kesihatan awam negara.

"Selain itu, kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd (KPISOFT), yang telah membangunkan aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021.

"Perkara ini adalah berdasarkan ketetapan syarikat yang telah menawarkan penggunaan aplikasi MySejahtera kepada kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran berdasarkan prinsip CSR syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta.

AKAN MENYUSUL

MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan dengan KKM sebagai pemilik utama termasuk semua data yang diterima MySj. Kerahsiaan data adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi. pic.twitter.com/DcRCID0vXb