PDRM sedia tambah anggota pantau pembukaan sempadan negara

11 Mar 2022 • 7:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menambah anggota untuk penugasan di sempadan negara, sebaik ia dibuka pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara itu akan dibincangkan kelak dengan lebih lanjut lagi termasuk dari segi jumlah penambahan dan kawasan penugasan.

"Aktiviti penyeludupan di sempadan sering kali berlaku. Kita sentiasa membuat pemantauan walaupun sebelum Covid-19 lagi, termasuk di sempadan perairan negara. Kita tidak menolak untuk menambah anggota kelak apabila sempadan dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program komuniti kepolisian, ‘Charity Ride PDRM’ di Mes Pegawai Kanan pada Jumaat yang turut dihadiri Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Kerajaan pada Selasa memutuskan untuk membuka semula sempadan negara pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Hazani berkata, pembukaan sempadan juga memberi peluang untuk menguatkan pengoperasian melalui penugasan unit berkuda dan Pasukan Gerakan Am (PGA), dalam membanteras aktiviti penyeludupan ke negara ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved