Konflik Rusia-Ukraine: Malaysia terus kerjasama antarabangsa

Politics
24 Mar 2022 • 2:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Malaysia masih boleh meneruskan kerjasama perdagangan antarabangsa meskipun konflik antara Rusia-Ukraine memberi kesan kepada ekonomi global, Dewan Negara diberitahu pada Khamis.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia sebagai negara dagang yang kecil mengambil sikap dan pendirian menjalin kerjasama ekonomi dengan negara dagang lain melalui perjanjian perdagangan bebas yang telah dimeterai dan ditandatangani oleh Malaysia.

"Terbaru, Malaysia adalah anggota RCEP (Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau) yang memberikan akses pasaran terbesar di dunia mewakili 2.2 bilion populasi di dunia dan satu pertiga daripada pasaran global.

"Justeru, ini membolehkan Malaysia meneruskan kerjasama perdagangan dengan negara yang tidak terlibat dengan konflik antara Rusia-Ukraine,” katanya semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu kesan sampingan yang berlaku terhadap Malaysia susulan konflik Rusia-Ukraine dan usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing ke Malaysia.

Pada 24 Februari, Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan khas ke atas Ukraine - tiga hari selepas beliau menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan di wilayah pro-Rusia, Donetsk dan Luhansk, di timur Ukraine. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved