“SOP hilang” – [VIDEO] Netizen Risau Orang Ramai Berasak-asak Beli Ikan Berharga 10 Sen

Entertainment
10 Mar 2022 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dinafikan, ramai diantara kita yang selalu teruja apabila terdapat sale ataupun jualan murah kan? Lebih-lebih lagi, jika kita sedang ingin berjimat.

Tambahan lagi, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini seolah memaksa kita untuk mengawal kemahuan dan membeli apa yang perlu sahaja.

Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah video yang dikongsi oleh KulinerKelantan di Instagram mendapat perhatian netizen.

Video berdurasi 15 saat itu difahamkan sudah tersebar ke laman sosial lain seperti TikTok, Twitter dan juga WhatsApp.

Dalam video tersebut, kelihatan orang ramai berasak-asak membeli ikan Mabong yang biasanya dijual dengan harga RM 12 hingga RM 20 sekilogram itu, dijual dengan harga 10 sen seekor, ramai yang berebut dan keadaan kelihatan huru-hara.

Menerusi posting tersebut, dikatakan promosi tersebut diadakan bersempena pembukaan Pasaraya Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan dan pasaraya tersebut baru sahaja mula beroperasi hari ini.

Rata-rata netizen risau dengan situasi tersebut kerana kita masih lagi bergelut dengan wabak Covid-19.

image is not available

Harap-harap tak ada yang terjangkit Covid-19 hmm…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.