Duit Ibu Lesap RM600 Gara-Gara Dipukau Scammer Pakai Baju TNB

Entertainment
18 Apr 2022 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekarang ni tak dapat dinafikan yang dah banyak taktik ‘scam’ digunakan untuk memperdayakan mangsa. ‘Scam’ terkenal contohnya Macau Scam, Skim Cepat Kaya, ‘Love Scam’ dan Scam Pelaburan boleh buat seseorang tu terlibat dengan hutang dan rugi dalam sekelip mata sahaja.

image is not available

image is not available

Menurut wanita ini, ibunya yang tinggal di Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, Perak telah didatangi oleh seorang lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB), kira-kira pukul 2 petang ketika bersendirian di rumah.

‘Stranger’ berkenaan katanya nak melihat kotak api depan rumah dan nak tahu nombor siri tong gas dengan alasan tong gas seorang penduduk di kampung sebelah meletup sampai kena panggil bomba.

“Mak saya seperti dipukau terus buka pintu. Kebetulan mak tinggal seorang diri. Saya pula balik lambat dari sekolah kerana ada mesyuarat” – Nor Zaina Zanariah

Tambahnya lagi, apabila lelaki berkenaan masuk rumah, dia terus pergi dapur tengok tong gas dan dalam pada masa yang sama minta pisau. Mak wanita ini pula tanpa soal terus beri pisau kepadanya.

Apa yang berlaku seterusnya adalah lelaki tersebut menggunakan pisau untuk menoreh paip saluran gas dan memberitahu paip getah berkenaan bocor. Tanpa meminta kebenaran, lelaki berkenaan selamba menukar paip getah yang didakwa ‘bocor’ dan gantikannya dengan baharu.

Setelah selesai semuanya, dia meminta bayaran sebanyak RM600 dan mak kepada wanita ini terus bayar. Lelaki tersebut siap minta tandatangan resit. Selepas sahaja lelaki tersebut balik, barulah mak kepada wanita ini tersedar yang diri dia dipukau.

Menerusi ruangan komen, ramai yang risau dengan keadaan mak wanita berkenaan dan bersyukur tiada sebarang kecederaan yang dihadapi warga emas terbabit.

image is not available


Korang kat luar sana sentiasa hati-hati tau! Dah banyak kes pukau sekarang ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.