
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menggesa pemain-pemainnya agar bangkit selepas kekalahan baru-baru ini kepada Kuala Lumpur FC apabila mereka melayan kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Likas malam ini bermula jam 9.15 malam.
Pasukan itu ditewaskan 0-2 oleh Kuala Lumpur FC pada 14 April selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut.

