Sabah FC hilang khidmat Pessoa

Football
23 Apr 2022 • 8:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENYERANG utama Sabah FC, Neto Pessoa masih mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat diturunkan ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas pada Ahad.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kecederaan dialami pemain kelahiran Brazil itu dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Namun, beliau memberitahu, Sabah FC mempunyai ramai pemain yang berupaya mengambil alih posisi Pessoa sementara menunggu beliau sembuh.

"Ini penting dalam saingan liga yang begitu panjang. Kecederaan, penggantungan disebabkan kad kuning, harus kita terima dan memastikan sesiapa sahaja yang tersenarai menggantikan pemain-pemain utama boleh menjalankan tugas dengan baik.

"Saya percaya semua pemain telah bersedia untuk diturunkan dalam pertembungan menentang Kedah esok bagi memastikan kita bermain dengan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Kim Swee berkata, Sabah FC perlu bangkit dan mendapatkan semula rentak permainan untuk mencapai keputusan lebih baik apabila bertemu Kedah.

Beliau berkata, pemain perlu melupakan kekalahan 0-2 di tangan KL City pada 16 April lepas dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan malam esok.

"Kedah merupakan pasukan cukup kuat. Ini terbukti dengan kedudukan mereka sekarang selepas tewas kepada Selangor, mereka bangkit menewaskan Penang FC,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved