“Hampir sejam tahan sakit” – Kaki kanan Budak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator

Entertainment
11 Apr 2022 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kanak-kanak perlu diberi perhatian yang lebih dan perlu dipantau kat mana sahaja dorang pergi. Mana taknya, bila terlepas pandang dorang ni mesti ada je insiden yang tak diingini berlaku. Maklumlah budak-budak kan kena sentiasa dipimpin sebab dorang tak tau apa-apa.

Sekarang ni kalau kita perasan, dah macam-macam insiden atau kemalangan yang berlaku dekat dalam shopping mall terutama sekali yang berkaitan dengan kanak-kanak. Ada yang hilang dalam shopping mall, terjatuh dari tingkat yang tinggi dan yang kerap terjadi, tersepit dalam eskalator.

Menurut Bernama, seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam setelah kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat beli belah di Putrajaya, semalam.

image is not available

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira 1.30 tengah hari. Pada waktu itu, kanak-kanak lelaki yang berusia 3 tahun tersebut dikatakan turun bersama ibu bapanya menggunakan eskalator dari tingkat 2 sebelum secara tiba-tiba kaki kanannya masuk dan tersepit di bahagian tepi eskalator berkenaan.

Norazam Khamis yang merupakan Pengarah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.48 tengah hari.

“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut” – Norazam Khamis

Ramai yang terkejut dengan insiden tersebut dan menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Nurul, dia terdengar jeritan yang amat kuat sebelum melihat seorang kanak-kanak tersepit di eskalator itu.

“Keadaan memang panik, nasib baik ada yang segera tekan butang kecemasan bagi hentikan eskalator”

“Kanak-kanak tu menangis hampir sejam sebelum pihak bomba datang menyelamat” – Saksi kejadian

Pihak pengurusan pusat beli belah terbabit telahpun menutup operasi eskalator buat sementara waktu.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.