
Kota Kinabalu: Gusti lengan di negeri ini harus diberi lebih banyak sokongan oleh pihak berkuasa berkaitan susulan kejayaan atlet tempatan baru-baru ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pengerusi Kelab Gusti Lengan Kota Kinabalu, Jolly Johnson membuat gesaan itu semasa satu kunjungan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Alfred di pejabatnya pada Selasa lalu.


