Kantoi Di Kamera CCTV, Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata

6 Apr 2022 • 4:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial video memaparkan aksi tidak senonoh seorang lelaki yang membuang air kecil di hadapan sebuah kedai di Johor Bahru.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman ROADS.sg, lelaki berkenaan dilihat memandu kenderaan jenis BMW menggunakan nombor pendaftaran asing.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5 April 2022 lebih kurang jam 1.14 pagi. Dalam rakaman CCTV berdurasi 30 saat itu, dia dilihat turun daripada kereta dan terus membuka zip untuk kencing.

image is not available

Tindakan itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Rata-rata mengecam perbuatannya yang disifatkan sebagai pengotor. Longkang tepi jalan pun jadi?

Pengguna Facebook Daniel Ong berkata, “Apa yang dilakukan lelaki itu tiada kena mengena dengan kerakyatan. Ianya lebih kepada cara didikan.”

Viral di media sosial

Sama-samalah kita jaga kebersihan kawasan sekitar, carilah tempat yang sesuai untuk membuang air kecil. Tak bolehlah main hentam je, betul tak?

Kredit: mothership.sg | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.